Thursday, 19 July 2012

info menarik! (lubang besar)-part 1

KIMBERLY BIG HOLE SOUTH AFRIKA
kimberly bermula sebagai sebuah bandar yang dipanggil "new Rush" dan diganti namanya kimberly pada 5 jun 1873. lubang yg dalamnya mencecah 1097M neh terjadik apabila digali manusia sendiri dan telah menghasilkan lebeh 3 tan berlian sebelum ditutup pada 1914. tiga daripada sisa lubang; Toitspan Du, Wesselton, dan Bultentien jugak ditutup pada tahun 2005.

sumber gambar sini
GREAT BLUE HOLE BELIZE
lubang ini adalah lubang pembuangan air yang besar di luar pantai belize, sebuah negara di Amerika Tengah. lubang ini dibentuk sebagai sistem gua kapur selama zaman ais terakhir ketika paras laut jauh lebeh rendah. terdapat banyak lubang biru didunia tetapi tidak dapat menandingi kehebatan lubang biru yang satu neh. ini telah menjadi Tapak Warisan Dunia Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).


sumber gambar sini

SINKHOLE IN GUATEMALA
pada 23 feb 2007, sebuah lubang sedalam 330 kaki telah terbentuk dan mengakibatkan 12 rumah ditelan dan 3 orang terkorban.lubang ini telah mengakibatkan dan mengeluarkan bau busuk. pihak berkuasa telah menyalahkan lubang pembuangan dia aliran kumbahan bawah tanah yang pecah.

sumber gambar sini


BINGHAM CANYON MINE UTAH
jugak dikenali sebagai Kennecott Copper Mine ini dimiliki oleh Rio Tinto Group, sebuah syarikat perlombongan antarabangsa yang berpusat di UK. aktiviti galian telah beroperasi sejak 1863 hingga kehari ini dan hasilnya terciptalah sebuah lubang yg merangkumi 1.900 hektar (7,7 KM). ini adalah penggalian manusia yg terbesar didunia dan telah diakui oleh National Landmark pada tahun 1966 dibawah nama Bingham Canyon Open Pit Copper Mine


sumber gambar sini

GLORY HOLE MONTICELLO DAM, CALIFORNIA
terletak di monticello dam di tasik berryessa, california utara, lubang rasaksa ini bertindak sebagai injap tasek. empangan dan injap ini dibina pada tahun 1953 dan 1957. ia mampu menelan 48400 kaki padu persaat dan jarak daripada saluran ke titik pintu keluar adalah sekitar 700 M. jenis injap pada asalnya adalah saluran konkrit gergasi. lubangnya terbesar adalah 72 M dan mengecil sekitar 28 M.

sumber gambar sini


SARISARINAMA PLATEAU
lubang ini pertama kali dilihat dan dijelajah pada tahun 1974. ia terletak di Jaua-Sarisarioama. taman negara di venezuela. ia dikatakan masih menjadik misteri geologi.

sumber gambar sini

tu ja takat neh..ehee..mungkin akan ada part 2 lepas neh..mungkin~owh..kalo ada salah silap bagitau ek.. :D
sumber majalah UJANG




No comments:

Post a Comment