Friday 21 December 2012

SEGMEN: MEH AKU REVIEW BLOG KORANG

Nurmujahidah

ari neh nak join segmen dari nurmujahidah..hihi nak join klik banner diatas.. ^_^

simple and easy..

saya jumpa segmen neh msa blogwalking tadi..mari kita join ramai-ramai..yey!

Thursday 20 December 2012

palestine : dalam peta

ahad lepas ada tgk video channel IniAnwarHadi dekat youtube..video tu dah lama diupload..tp bru tertengok..ter..maksudnya tanpa sengaja..ada satu soalan yg diutarakan oleh anwarhadi yg membuatkan aku sedikit terkedu..

Q: berapa ramai yg boleh tunjuk dekat mana palestine dalam peta dunia?

siyes..aku yg jahil neh mmg xtau..dan xpernah pon terpikiaq nak tau kat mana..dan rasanya..aku kena tau..dah sampai masa kita kena amek tau..kan?

aku yang kurang ilmu neh xthu nak cita cena..tp video neh mungkin sedikit sebnyk dpt membantu.. sblom tu kita usha dulu pic neh..dan kita nilaikan bersama..

sumber: disini

sekarang dah 2012..dan bakal masok 2013 beberapa hari ja lagi..

meh kita layan video plak..




Wednesday 19 December 2012

makanan kedai

okeyh..nak kongsi sket..pengalaman..bkn pengalaman aku..neh pengalaman org lain..my besfren..

dia ckp satu arie tu dia g lah order mkn kat satu kedai neh..biasa lah kan org bujang..rajin masak..xrajin tapau kedai ja..kedai neh membe dia yg syorkan..kononnya sedap..and time tu dia and sorang kwn dia yg g skali tu lepak la kat tmpt duduk yg blakang sambil dgn sabarnya tunggu nasik goreng depa order siap..mata masing2 dok usha si tukang masak...sbb port depa lepak tu bleh direct nmpk tingkahlaku situkang masak yang tengah giat menggoreng. tetiba mata depa neh terpaku tgk..sbb tukang masak tu pecahkan telur..dan masokkn dlm mknn yg dia tgh goreng tu..ada darah..yuck! korang penah x tgk telur yg ada darah? slalunya telur ayam kampung..sbb ayam tu eram dlm proses nak jadik anak tu lah ada darah terbentuk dlm telur tu..dan telur yg dalam proses penghasilan anak tu lah yg situkang masak kurang adab tu guna..aku yg dengaq neh pon dah rasa ada cecair merangkak-rangkak kuaq dari kerongkong..mmg membe aku neh tergamam la masa tu..maybe tukang masak tu xperasan..tp tu bkn excuse! mknn tu bkn yg depa punya..bla sampai yg turn nasik goreng depa..mmg sepenuh perhatian la depa bg kat tukang masak tu..dan telur yg diguna mmg xdak kesan darah..tp mmg xselera dah la nak mkn..peristiwa tu melayang2 dalam minda..

dan aku..bertekad lps neh nak rajinkan diri memasak..kalo nak kata xnak mkn lansung kat kedai tu mcm tipu plak kan..haha tp kebersihan akan lebih diberi perhatian lps neh..

dan wahai tukang masak sekalian..pliss jagalah kebersihan anda dan segala jenis makanan yg anda sediakan..jagalah keberkatan keuntungan yg anda dpt..


Friday 14 December 2012

rasa terpanggil untuk berkongsi

pagi neh..belek2 dinding pesbuk..jumpa menda neh..harap jgn ada yg salah faham..setidaknya kita sbg org islam kna jugak sensetip kan dgn hal2 begini..seperti tajuk..saya cuma berkongsi..


TERBONGKARNYA AGENDA KRISTIAN UNTUK MALAYSIA DI JERUSALEM...... 

Seorang ustaz yang juga merupakan seorang pendakwah yang terkenal dan sering muncul dalam prog
am keagamaan di kaca televisyen, sering ke Palestin membawa rombongan pelancong muslim melawat Baitulmuqaddis serta menjelajah bumi para Anbiya'. Beliau adalah Ustaz Muhammad Al-Amin juga seorang blogger popular yang sering menjadikan usaha dakwahnya di peringkat antarabangsa sebagai pengisian di dalam blognya, http://www.ustazamin.com/.

Kunjungan beliau ke sana baru-baru ini meninggalkan kesan yang cukup mendalam dan pahit di lubuk hatinya.... Mari kita ikuti apa sebenarnya yang berlaku terhadap beliau di sana......

Kembara Universiti Kehidupan Ke 10 ke al-Aqsa bermula dari 26 November hingga 3 Disember 2012.

Seperti biasa, hari pertama kami sampai ke Jerusalem, kami akan masuk ke dalam hotel, berehat sebentar dan kami akan terus ke masjid al-Aqsa untuk mendirikan solat Maghrib dan Isyak di al-Aqsa.

Pulang waktu Isyak, kami akan makan malam di kafe hotel.

Mahmood, pemandu pelancong yang biasa dengan saya mencuit bahu saya dan mengajak saya ke satu sudut.

“Muhammad, mari sini” katanya.

“Kenapa?” tanya saya agak kehairanan kenana wajahnya agak serius, nada suaranya, agak perlahan seolah-olah ada rahsia yang ingin dibisikan pada saya.

“Tinggal bersama kamu di hotel ini satu rombongan dari Malaysia” terang Mahmood.
“Oh ye ke!” saya agak gembira mendengar berita itu.

“Tapi mereka rombongan Kristian” kata Mahmood lagi.

“Ye ke, ah, di sinikan banyak tempat penting buat Kristian, tentu mereka nak ziarah” kata saya.

“Sepanjang perjalanan dari border Jordan-Israel, mereka memang mengutuk Islam dan sangat tidak puas hati dengan orang Islam di Malaysia, mereka memang anti Islam” Mahmood Menambah.

“Mereka tak tahu aku Islam, mereka ingat aku Kristian” Mahmood semakin rancak berbual dengan saya di satu sudut di bahagian tangga.

“Memang bukan Islam di mana-mana pun tak suka Islam” kata saya tenang.
“Tak, mereka ini lain, mereka memang anti Islam di Malaysia” terang Mahmood bersungguh-sungguh.

Perbualan malam pertama itu habis dengan rasa tidak puas hati Mahmood terhadap rombongan Kristian dari Malaysia ini.

Selama berhari-hari kami di hotel yang sama, berselisih di dewan makan, memang rombongan ini tidak menegur kami sedangkan mereka dari Malaysia, duduk di Malaysia.

Tidak ada sepatah pun bahasa Melayu yang keluar dari mulut mereka sedangkan kami saling mengetahui, sama-sama dari Malaysia.

Ada juga kami ingin menegur siapa, tetapi tidak di jawab atau jawapan yang sangat dingin.

Saya tidak tahu, apakah tujuan mereka datang, sama ada untuk lawatan atau ada apa-apa persidangan Kristian yang mereka hadiri.

Saya tidak mengambil perhatian apa yang berlalu walaupun pada tiap-tiap malam, Mahmood akan menceritakan pada saya mengenai ketidak puasan hati mereka pada Islam di Malaysia.

Mahmood memarahi saya…

“Apa dah jadi pada kamu orang Islam di Malaysia hingga hilang sensitviti dalam mempertahankan hak kamu?”

Apa yang mampu saya jawab hanyalah…“berpecah, dan ramai yang berpecah…”

Jawapan yang sangat tidak bersemangat dan seolah-oleh maksudnya, “apa nak jadi, jadilah…”

Ya, kurang rasa sensitiviti….

Allah ingin menunjukkan pada saya sesuatu terhadap jawapan di atas……

1 Disember 2012 jam 8.30 pagi, hari terakhir kami di Palestin…
Biasanya hari terakhir saya akan membawa jemaah semua ke Mount Of Olive (Jabal Zaitun), Pemandangan al-Aqsa dari atas bukit ini terlalu cantik terutama pada waktu pagi, ketika memancarnya cahaya matahari dari arah timur, ia menyerlahkan lagi warna emas Dome Of Rock.

Bas yang kami naiki pada pagi ini adalah bas yang dinaiki oleh rombongan Kristian dari Malaysia sehari sebelumnya.

Seorang jemaah menghampiri saya dengan membawa beberapa helaian kertas yang terdapat di dalam bas ini.

Saya menatap kertas yang diberikan pada saya. Mata saya tertumpu pada tulisannya dan ia menjadikan jantung saya berdegup kencang, mungkin seperti degupan jantung Mahmood sejak seminggu lalu.

Tulisan itu berbunyi..

Decree For Malaysia,“We decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” in seding missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the gospel here..”
Ini agenda Kristian di Malaysia, inilah yang cuba Mahmood ceritakan pada saya sejak semingga lalu.

Ketika di Malaysia, saya selalu mendengar tentang agenda pendakyah Kristian, dan setiap kali berita itu keluar saya cuba untuk tidak mempercayainya kerana masih bersangka baik pada mereka.

Lebih-lebih lagi, ada sahaja golongan ahli politik yang memberikan komen popular yang menafikan fakta ini.

Kalau ada orang yang cuba bawa fakta ini, orang itu akan dicap sebagai penipu dan pembohong.

Hal ini menjadikan ramai orang Islam kita merasa berada di zon selesa kerana mempercayai ahli politik yang punyai kepentingan.

Bagi pendakyah pula, mereka memang berada di zon paling bagus kerana usaha dan perancangan mereka di nafikan sendiri oleh orang Islam. Mereka boleh buat apa sahaja kerana orang Islam sangat tidak sensitif, malahan ada yang membela perbuatan mereka.

Ada beberapa perkara yang saya ingin tekankan:-

1. Bagi pendakyah Kristian, jangan pandang rendah kemampuan pendakwah Islam yang tidak berkepentingan di Malaysia. Kami para pendakwah dan orang-orang yang ikhlas akan tetap mempertahankan kedaulatan Islam di Malaysia sama ada menang atau kami mati di dalam usaha ini.

2. Malaysia bukan milik orang politik yang ada kepentingan yang menyokong tindakan kamu kerana harapkan sokongan, Malaysia di dokong oleh ramai pejuang agama Islam, bangsa muslim dan tanah air umat Islam. Kalau orang politik sibuk dengan perpecahan mereka, maka perjuangan itu tetap dibahu oleh umat Islam dari bidang lain.

3. Bagi umat Islam di Malaysia, ini bukan gimik popular, saya bukan ahli politik yang inginkan popular, Biarkan ahli politik bergaduh sesama mereka, yang boleh kita damaikan, kita damaikan atau sedarkan dengan apa cara sekalipun. Perpecahan ini satu yang sangat merugikan. Orang Kristian berbincang hingga ke luar negara merancang untuk mengkristiankan Malaysia, kita hanya menafikan dan hilang sensitiviti.

4. Bagi sahabat-sahabat dari Jabatan Agama Islam, anjurkanlah banyak program-program untuk menjaga dan mengawal umat Islam di Malaysia, bahagian zakat jangan berbangga dengan jumlah kutipan, tetapi usahakan untuk kepentingan umat Islam melalui lapan asnaf seperti yang disebut dalam al-Quran.

5. Bagi semua penguatkuasa agama. Jangan percaya dengan zon selesa yang dibisikkan dan penafian yang dicanangkan oleh orang berkepentingan. Jalankan pemantauan dan penguatkuasaan menurut enakmen yang telah diputuskan.

6. Bagi orang kaya, tolong infak harta untuk menganjurkan program-program keagamaan, semoga Allah sentiasa bersama anda sekelian.

7. Bagi sekelian yang membaca, kita umat Islam terlau beriya-iya ingin menjaga hati orang bukan Islam, adakah orang bukan Islam menghormati dan menjaga sensitiviti kita? Jalankanlah tugasan masing-masing di dalam ruang lingkup kemampuan anda semua, semoga Allah membantu usaha kita.

Semoga pendedahan ini memberi inspirasi pada saya untuk terus membantu Islam, yang ingin bersama mari, yang mahu mencebek dan tidak percaya silakan, yang mahu berfikir, renungkan dan yang mahu mendokan, doakan semua umat Islam di Malaysia agar terpelihara dari agenda global orang kafir.

Patah sayap bertongkat paruh, memperjuangkan dan mempertahakan Islam akan tetap menjadi keutamaan di dalam hidupku, biar berputih tulang, jangan berputih mata…

Al-Fatihah untuk seluruh pejuang Islam terdahulu, tuan-tuan guru kita terdahulu dan pahlawan Islam Nusantara yang telah mendahului kita di dalam tugasan mereka. Hari ini tugasan itu diwariskan pada kita, semoga kita dapat menyambungnya, amin…

sumber : ustazamin

japan : Ressha = keretapi (1)

jepun mmg terkenal dgn keretapi atau lam bahasa jepunnya ressha..kalo xsalah lah kan..haha
train (english2..hihi) neh mmg altenative terbaek yg jepun guna untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas dan jugak mempercepatkan perjalanan..orang jepun neh kan sgt mementingkan ketepatan masa..jadik train diorang mmg slalu sharp! xmcm kat negara kita..haahahadoi~ delaynya memanjang..!

neh beberapa jenis train yg ada kat sana..aku xnah lagik sampai jepun..neh research2..keh2

1. Shinkansen
lebeh glamer dipanggil bullet train. travel speed melebihi 300 km/h..menghubungkan bandar-bandar utama dijepun..sgtlah punctual. contohnya diantara Tokyo dan osaka berjarak 512 KM ada lebih 150 juta penumpang setahun, pada waktu puncak (maybe waktu org pegi balik keja kot) ada 13 train dlm msa sejam..dlm semua arah..setiap train plak ada 16 gerabak..1323 jumlah kerusi..maksudnya selang 3 min skali..pergghh ini lah jepun..




sumber wikipedia and  here

okey..muncung dia cam pelek sket..tapi sbb muncung tu lah ketapi neh laju..kalo ada kat m'sia..aku keja kat subang..leh dok umah kat kedah ja..ulang alik tetiap arie..

2. Odakyu Romancecar
dapat nama dia sbb double seat dia xdak tempat letak tgn..kiranya bercantum trus..romantik la kununnya tu..haha 
penah memenangi Japan Railfan Club’s Blue Ribbon Award untuk jenis 60000 MSE. 
setakat neh romancecar dah ada 8 jenis.

neh yang awal2..leh kata first generation gak la..


second latest 50000 series VSE
Odakyu's Romancecar

Odakyu's Romancecar

Odakyu's Romancecar
beshnya kalo dok depan ceni.. /blush

Latest  Odakyu 60000 Series MSE
Odakyu 60000 Series MSE

gambar dan info kredit wikipedia dan Muza-chan

untuk masa akan datang..japan tengah plan nak wat ketapi berkelajuan 500 km/h..yosh! bergerak dari Tokyo ke Nagoya..dijangkakan siap tahun 2025 nanti..

Maglevtest_2
Japan's MLX01-90 maglev train test vehicle

credit : telstarlogistics

Tuesday 11 December 2012

Le Lanun Ranggi Contest


klik banner kalo nak juin.. =D

aujinz..adiah tempat petama ngan kedua tu sgt menggoda..lantas bebekalkan minda yang xberapa nak kretip sgt..aku juin Le Lanun Ranggi contest..

maka..inilah hasilnya! stat dengan girlpren kamu ye..ehhee


kalo rasa xnampak tu..maap la ye..sila gunakan teropong lanun anda. siap ada nombor lagik supaya en.lanun xkonpius..(sebenarnya aku sendiri pon konpius..sbb tu letak nombor..hihi)..

yeeey! arie neh 12/12/12..

anda tahu?

nokia bermula sebagai pengeluar tyres dan rubber boots!

1. buka page FB nokia
    nokia

2. tekan Created dibahagian timeline..

see..saya berkata benar


Monday 10 December 2012

ilmu : seploh (10) binatang bebisa dan beracun didunia



1. Box Jellyfish
    obor-obor neh kebanyakkannya mmg diketahui berbahaya tp Box Jellyfish neh dah mencatatkan 5,567 kematian sejak 1954 (ramai okeyh!). Paling banyak ditemui di Asia dan Australia (m'sia adakah?). obor2 neh serang melalui sengatan dia yang berbisa dan jugak membebaskan toksin nematocysts (cikgu sains pesan nama saintipik kena shenget) yang boleh melemahkan system kardiovaskular dan saraf serta sel kulit!
Rawatan segera leh sapu cuka sejurus selepas disengat sbbnya cuka mempunyai acid acetic yg boleh melemahkan racun tersebut sebelum menyerap ke saluran darah..jadik kalau nak p berenang ka..menyelam ka..atau apa saja aktiviti yang merisikokan anda disengat spesis berbisa neh..sila bawak cuka bersama.


sumber: here

2. King Cobra
    rasanya ramai antara kita dah tau betapa bahaya dan beracunnya spesis ular yang satu neh. Ular neh bleh mencecah sehingga 5.6 meter panjang..ok..panjang.sekali kena cium (gigit) dengan king cobra neh..anda (manusia) boleh mati dalam masa 5 saat.sangat pantas! spesis ular neh banyak terdapat di kawasan Asia tenggara dan jugak selatan terutamanya dikawasan tanah tinggi.

sumber : here

3. Marbled Cone snail
    Sapa cakap siput xbahaya angkat kaki..wee~okey kengkawan neh satu contoh siput yang sangat beracun dan berbahaya.. (sila turunkan kaki anda)..buktinya dengan hanya setitik..baca sekali lagi..setitik racun dari siput ini,ia mampu membunuh lebih daripada 20 manusia melalui sentuhan.habitatnya adalah sekitar kawasan persekitaran air masin bersuhu suam di laut Chagos dan Madagascar dan sepanjang perairan Fiji dan Pulau Marshall. malah apabila kna sepit dengan siput neh mangsa bleh rabun dan sesak nafas malahan lumpuh. ubat anti venom tidak mampu mengatasi racun dari spesis siput neh..setakat neh 30 kematian telah dicatatkan.

sumber :here

4. Blue-Ringed Octopus
    Sotong ini bersaiz bola golf..bkn bola sepak..bola golf..ia mampu membunuh 26 manusia dalam beberapa minit.gigitan sotong neh xmenyakitkan tapi dakwatnya yang mengandungi neurotoxins boleh melemahkan otot, kebas, sesak napas dan membawa kepada kematian. habitatnya sekitar kawasan perairan pasifik, dari jepun ke australia.

sumber: here

5. Death Stalker Scorpion
    nama dia pon dah tunjukkan betapa haiwan ini berbahaya..death.. sengatan kalajengking (betulkah aku eja neh) mengeluarkan racun neurotoxins. simptom apabila terkena sengatan adalah demam dan jika serius mangsa boleh mendapat sawan, lumpuh dan maut. Hidupan ini berleluasa di Afrika Utara dan Timur Tengah.

sumber: here

6. stonefish
    ini adalah spesis ikan yang oaling berbisa kerana pada durinya terdapat racun. oleh sbb racunnya mampu membunuh dalam masa sepuluh minit, rawatan segera perlu diberikan sejurus selepas disengat. kebiasaannya bahagian yang kna gigitan tu perlu dibuang untuk mengelakkan racun merebak kebahagian lain. racunnya boleh membuatkan mangsa lumpuh dan kematian tisu malah mampu membawa maut. banyak terdapat di perairan tropika cetek dilautan pasifik dan lautan india, bermula dari Laut Merah ke Queensland, Australia.

sumber: here

7. The brazilian wandering spider
    labah-labah neh telah diiktiraf didalam Guinness world record sebagai labah-labah yang paling berbisa dan jugak penyebab kematian tertinggi. aktif pada waktu malam tertamanya dikawasan berpenduduk padat (patutlah penyebab kematian tertinggi). Gigitan berbisanya mampu menyebabkan kematian dan jugak mati pucuk (oh no!).

Brazilian Wandering Spider
sumber: here

8. Inland Taipan
    ular ini mengandungi racun yang cukup untuk membunuh 100 orang dewasa atau 250000 ekor tikus. racunnya mengandungi 200-400 kali lebeh daripada ular tedung biasa. ia mampu membunuh dalam masa 45 minit. namum setakat ini tiada kematian dicatatkan dan ular ini banyak terdapat di australia.

sumber: here

9. Poison Dart Frog
    Katak bertekstur badan berwarna-warni dan berukuran lima sentimeter panjang boleh membunuh 10 manusia atau 20000 ekor tikus melalui rembesan racun melalui bintik pada badannya jika disentuh.Katak ini jugak digelar katak damak dan banyak ditemui dikawan hutan di Amerik tengah atau selatan.

sumber: here

10. Puffer Fish
      spesis ikan buntal yang menjadik hidangan istimewa dijepun ini digelar Fugu dan di korea dikenali dengan Bok-uh. keracunan akan berlaku apabila tidak dimasak dgn betul. mangsa hilang deria, pening, muntah, kadar denyutan jantung cepat, sesak nafas dan lumpuh, serta boleh membawa maut dalam tempoh 4 hingga 24 jam.. (sanggup diorang makan walau tau sgt berisiko)

sumber: here


alololooo..comelnya~ kesimpulannya jangan ingat yang comel tu xbahaya okey!

SELAMAT BERJUANG!

Selamat berjuang harimau!! auuummmm!


i wish i will be there to give my full support..tapi xpa..all da besh! anda boleh! yeey~

Monday 26 November 2012

kita KONGSI tanah yang sama

xde apa nak dikatakan..cuma nak kongsi video yg aku rasa menarik.. i love my country! 

#BOLEH


made by Malaysian


only in Malaysia

hehe..Malaysia mmg istimewa..kerana rakyatnya..we are special.. ^_^

p:s : rindu tgk bola ramai2 kat kolej dlu..
p:s : rindu nak tgk team bola Malaysia menang lagik



Wednesday 14 November 2012

detik..terakhir..mungkin..

hehe..bunyik cam bakal meninggalkan dunia yg fana neh ja kan?mungkin..kita xthu bla kita akan pergi menemui pencipta kita kan..

skrg tgh cuti..yey! cuti skolah..jadik cikgu pon turut sama bergembira.. ^_^ kalo korang still ingat..i'm just cikgu ganti..cikgu sementara..jadik mggu lepas..kna jadik guru pengiring..ke penang~ waloupon penang ngan kedah 2 dekat..atau kata org..kentut pon dengaq..aku xdak lak slalu sgt turun penang..jadik dgn hati yg gumbira dan teruja aku pon p..kami menginap dkt batu feringgi

best! dok kat apartmen..sbb guru pempuan ada 2 ja..jadik kongsi lah ngan students..xkisah pon sbb bilik asing. kat penang kami g bukit bendera yg tersangat lah cantek view dia..then taman rama2..pon best jugak! tergoda dgn rama2 yg cantek dan jinak sgt..

hari kedua kami ke muzium perang yg agak scary..mmg scary sbb kalo xsalah..mmg dlu kawasan tu tmpat pertahanan jepun..eh..? betulkah?haha..okeyh korang leh tgk info yg agak detail dekat sini yerk.. kalo lelaki mmg suka lah tempat2 ceni..aku pon ska jugak..cuma atakot sket..hehe lepas muzium perang kami trus ke USM..neh kali kedua aku jejak kaki kat USM..university yg penah jadik tempat impian tok belajar satu ketika dulu..kami g gallery dia..xingat apa nma gallery tu..tp mmg teruja lah..bnyk sgt ilmu leh kumpul kat c2..best!best lagik..haha last skali off course la kan..bershopping! neh aku xbrapa teruja..haha pelek~ aku pon pelek..maybe sbb leteh sgt kot..bdk2 plak bnyk shopping..aku beli jeruk ja..penang kan sinonim ngan jeruknya..wat buah tgn tok cikgu2 yg kami tgglkan dkt subang neh..

sampai skolah pukul 1.30..sampai rumah 2.30pg centu..dan kul 7.30pg kesekolah semula..mata..mmg tggl 1/4 ja yg terbuka..tp xpa..berbaloi~ weheehe..

enjoy da pic!

dekat bukit bendera


sama jugak! gambar jauh sbb nak tunjuk tulisan "bukit bendera" =P


atas bukit ada pokok..pokok cantek xpernah lihat~


manja sgt burung neh! geram beta!


dgn budak form 1..lps turun bukit


rama-rama cantek..ikan keli panjang~ wehehee


dua ekoq itik yg comel~ argggghhh..


rama2 lagik!


muzium perang..bdk dgq taklimat..cikgu tngkap gambq


yeah~


dlm kwsn war musium


takot sbnqnya nak tgkp gmbaq lam cermin neh..haha


kwsn musium


taklimat lagik

dlm usm..gallery..comel bdk2 neh


dua org students saya yg nakal!


zaman dulu2..neolitik kah?

bnyk gmbaq..tp xkan nak masokkan suma kan..hehe..mmg besh lah g lwtn neh..ingatkan dah kuaq u xde dah g lwtn..rupanya ada lagik..dan dua hari lps blk penang..g melaka plak..family day skolah~yee.. dkt A FAMOSA resort! geleng kepala mak..anak pompuan dia sorang neh keja berjalan ja~ rasa cam nak p kelantan plak lps neh..eh?

Wednesday 17 October 2012

senyuman itu membuatkan aku bertahan

awww~ semakin hari semakin selesa aku bergelar guru..baru aku tahu manisnya hidup berstatus guru.. walaupon kerja (bkn mengajar) yang semakin menimbun kat atas meja neh..tp setiap kali menatap senyuman ikhlas pelajar kepada diri ini..hilang semua rasa tension..rasa malas dan rasa-rasa negative dalam diri..
mungkinkah aku akan rindu sapaan "cikgu" dan jugak senyuman tanpa putus milik wajah-wajah comel dan kacak pelajarku apabila cuti panjang menjelma?kebarangkalian...90% tanpa ragu jawapannya YA..
tapi xtahu lah mereka suka ke x cara aku mengajar..hihi

sekolah swasta mcm sekolah aku neh mungkin agak berbeza dgn sekolah berstatus kerajaan yang lain..pelajar disini kebanyakannya anak golongan berada..jadik kedegilan mereka kadang2 terpaksa dihadam..syukurlah jumlahnya xramai..ada jugak yang kekurangan kasih sayang..ibu dan ayah dah tak bersama lagi..ada jugak yang merasakan ibu bapa tak peduli kewujudan mereka..jadik guru-guru selalu jadik tempat bermanja..mengadu apa saja..kadang2 xdinafikan wujud rasa rimas bila pelajar terlalu manja dgn diri..tp bla difikirkan rasa kasihan menyelinap dalam diri..bagaimana ibu bapa terlalu leka dgn kerja sampai terlupa anak-anak yang sedang membesar.tapi..bukan semua..ada juga yang datang menghantar dan jugak menjemput saat kelas tamat.

semoga aku dan guru-guru sentiasa tabah mendidik anak bangsa..mendidik bakal penghuni syurga.. INSYAALLAH.. =)

Thursday 4 October 2012

offer to stay~

okeyh..sbnqnya dah ready mental dan pizikal nak benti atau lebeh tepat tamat contract.
walaupon sedeyh tp segala perasaan tu dah berjaya dihadam..tetiba semalam atau sesetengahnya sebut kemarin..ustaz a.k.a pengetua skolah offer..nak stay x..nak teruskan x jadik cikgu..ok..konpius sudah~
actually, really miss segala mesin yg dah belajar dkt u dulu..sangat rindu nak bergelumang kembali dgn getah dan plastic..which means..join factory..hurm..tu first reason yg buatkan mulut rasa berat nak kata setuju untuk tawaran ustaz. 

second reason ofcoz because of my lovely parent yg sgt mengharap aku kerja area utara ja..dekat..mereka dah tua..dan aku sgt risau kalo jadik sumting yg xdiminta..aku xsempat balik..itu sangat aku takuti dan mintak dijauhkan.

last reason..gaji..bkn senang nak teruskan idop di shah alam kalo gaji kicik..shah alam bkn kedah..hurm~
disebalik suma reason yg menjurus kepada penolakan tawaran tu..aku masih terperangkap dgn telatah students..dgn panggilan cikgu..dgn ukhwah yg mula terbina dgn rakan sejawatan..dgn ousmates..
keputusan yang bakal dibuat..bkn sesuatu yg mudah..

tp aku percaya..my parent akan bg jln kepada keputusan aku nanti..Allah akan restu..kalo parent restu kan? ^_^

Wednesday 3 October 2012

gambar menceritakan segalanya

tapi cerita yang setiap org lihat xsama~ arggghhhh! kenapalah gambar tu jadik ceni..hurm..xle nak salahkan mata manusia..kalo aku kat tmpt mereka pon..pandangan aku pasti terserong dari cerita saat gambar itu terpotret dlm kamera digital..mungkin ini pengajaran..mungkin jugak pengalaman..teruskan belajar..

okey..sedeh!

"Ya Allah..pelihara lah aku..pelihara lah saudaraku..pelihara lah sahabat2ku..dari fitnah mata manusia.."


Tuesday 25 September 2012

ilmu

pada yang dah lupa..dan ingat-ingat lupa..mcm..saya~ 


  • TANDA WAKAF DALAM AL-QURAN..



taken from FB ^_^..sebenarnya bnyk ilmu leh kita dapat dan kongsi melalui FB..tp ramai plak yg salah guna tok sebar menda2 palsu..sedeh!

Friday 21 September 2012

Thursday 20 September 2012

hidup saya

berkarat blog..agak lma xupdate..xjenguk.. Alhamdulillah..hidup masih berpaksi dijln yg betul insyaallah.. cuaca di subang jaya saat neh mendung dan suram..seolah2 mengajak mata untuk rehat dari berkhidmat.. Allah atur segalanya sebaek..dan mmg yg terbaek untuk kita..

sebelom neh..entry seblom neh..H.A.T.I menjadi medan meluah rasa dek terluka kerana pertanyaan bertali arus mereka yg "concern"..tak sampai 2 hari kemudian..kwn call ckp skolah dia nak carik cikgu ganti..kali ini bertali arus rasa bersyukur tertutur dalam hati..xtahu bagaimana nak luahkan rasa bersyukur tu dan pada masa yang sama dlm hati berdoa semoga ayah izinkan dgn hati yg terbuka..sbb tempohnya cuma sampai cuti sekolah..cukup sekadar ingin menimba pengalaman..dan kesyukuran terus ku panjatkan pada Ilahi..ibu dan ayah izinkan..dan semoga dihati juga mereka izinkan..seikhlasnya..

sekarang..
aku sedang setia..seikhlas mungkin cuba mencurahkan malah pada masa yang sama cuba menambah ilmu didada..sekolah swasta..bnyk ragamnya..dihuni oleh anak2 mereka yang dikurniakan Allah nikmat kesenangan dari segi wang ringgit..sekali lagi..ku pohon hati agar kuat bertahan..hari neh dah masok hari ke 22..semoga perjalanan ku..dipermudahkan.. Amin~

p/s: terima kaseh..terima kaseh pada yang sudi baca dan jenguk blog neh.. :)

Sunday 26 August 2012

H.A.T.I

lenguh mulut neh menjawab pertanyaan bertali arus sahabat handai dan sanak saudara tentang kerja..aku terpaksa sehabes baek melemparkan senyuman pada mereka saat menjawab..xkerja lagi..ya..xkerja lagi..saya xkerja lagi..biarlah apa hati depa berbicara..nak kutuk..nak mengata..sehabis daya aku cuba abaikan..aku cuba memaafkan..depa xtau dan xkan pernah tau liku2 hidup yg tengah aku jamah sekarang..pemegang ijazah yg masih menggangur..mungkin sejarah aku sebagai pelajar yang agak cemerlang dulu seperti tidak memungkinkan aku berkesudahan..menganggur lepas lama abes degree..mereka xtahu..

hidup kita xsama..permulaanya pon dah berlainan..saat cemburu menjalar subur dalam diri..melihat rakan2 bergembira dgn kerjaya yg mereka miliki..kebahagiaan yang mereka miliki..air mata mengalir perlahan..cuba aku yakinkan diri ini..bahagian aku pasti ada..pasti!

aku perlu utamakan syurga aku..penentu syurga aku..ibu dan ayah aku..keredhaan mudah disebut tp susah mengikhlaskan nya..aku xmenyalahkan takdir..seharusnya aku sedar..ibu dan ayah menjadi penyebab aku kesyurga..dan sebab jugak aku mungkin tergelincir keneraka..

"YA ALLAH..KENTALKAN HATI INI..IKHLASKAN HATI INI..SEDARKAN AKU YA ALLAH..INI PELUANG YANG KAU BERIKAN UNTUK AKU..PELUANG UNTUK AKU KEMBALI MENCARI SYURGAMU..AMIN"

Saturday 11 August 2012

ramadhan+bazar+10 malam terakhir+hari raya

hehe..tajuk merangkumi semua..
tinggal berapa hari je lagi ramadhan akan tinggalkan kita..sedeh x? belum tentu lagi tau kita bleh jumpa lg dengan ramadhan lepas neh..tapi memang cepat sangat rasanya masa berlalu..adakah sebab usia yang makin meningkat membuatkan kita xkisah dengan masa..sebab tu rasa masa cepat berlalu..kalau dulu kejap2 tgk jam..kejap2 tgk jam..mmg la rasa lambat..hehe

ramadhan kali neh baru sekali jejak ke bazar..mmg betullah jadik xterkawal..semua makanan nak beli..semua jeneh air nak beli..adeyh~ tapi setiap tahun kalo g bazar mesti xmiss beli:

a. murtabak @ martabak @ mertabak..?xksah lah..tp mmg xpenah miss
b. kuih samosa..yurmm!
c. ayam bakar..slurp~
d. air tebu..ahhhh

tu baru yang mewajibkan diri beli..yang sunat?haha..bln puasa bukan lagi jimat..lagi membazir..bukan makin kurus jugak..tp makin bambam..huhu mertabak dekat sini paling murah RM1.50 paling mahal..special (kunun) dalam RM3.00..ayam bakar sekor dari RM15-RM17.. air tebu..kicik RM 1.00 hingga besar RM3.00..hurm..beza sungguh masa dulu..suma makanan berlumba2 letak harga tinggi..tu xkira lauk pauk..sanggup berhabis untuk memenuhi nafsu makan..bukan takat berhabis..bersesak2 lagi..huhu

next!
kita dah berada sepuluh malam terakhir dan suma umat islam patutnya dah tahu..saat ini lah kita mencari-cari malam lailatul qadar..insyaallah semoga saya dan anda..kawan2 saya dipilih untuk menghiasi malam terbaek tu..tapi..hurmmm kita kan..bila masok ramadhan terakhir neh bukan pikir sangat nak carik lailatul qadar..tapi dok pikiaq kueh raya..baju raya..langsir..perabut nak tukaq..cat umah..suma2 lah menghala ke hari raya..termasuklah tuan punya jari jemari yang dok menaip neh..yelah raya dah dekat kan?hihi..

rasanya dah sampai masanya..kita perbaiki diri..saya perbaiki diri..xsalah sibuk nak menyambut raya..tapi kena ingat jugak..keindahan malam lailatul qadar..hihi  ;)

nota.kaki.kanan--> xdak gambar makanan sebab takot tuan rumah terliur.. :D
nota.kaki.kiri ---> malaysia makin panaih kan? :(

Wednesday 8 August 2012

mencari LAILATUL QADAR

sedikit perkongsian berkenaan lailatul qadar..semoga kita diantara yang terpilih untuk menghidupkan malam istimewa itu..

petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama' untuk mencari malam Lailatul Qadar

jika Ramadhan jatuh pada hari:

  1. ahad atau rabu malam lailatul qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan
  2. isnin - 21 Ramadhan
  3. selasa  atau jumaat - 27 Ramadhan
  4. khamis - 25 Ramadhan
  5. sabtu - 23 Ramadhan
kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. walaubagaimana pon, janganlah ibadat pada malam itu sahaja, carilah pada malam-malam ganjil yang lain jugak. 

Tanda-tanda Lailatul Qadar

  • malam itu tenang. tidak dingin dan jugak tidak panas
  • siang cahaya matahari pucat warnanya
  • pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat dan tandanya ialah tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba..

wallahu'alam


sumber page Islam itu indah (FB)

Tuesday 7 August 2012

google doodle

haha..addicted! baru main semalam dan rasa cam susahnyaaaa nak stop..! kalo korang busan2 leh la main..simple tapi lepas dapat point tu rasa nak lagi..nak lagik! 



seblom neh dah ada games lain..tp xmain..main yg basketball neh ja..jom la kita main sama2..~ paling tinggi point stakat neh yg saya berjaya score..39..hehe


pengubat hati


siapa xrasa gusar..saat rakan2 berpusu2 mendirikan masjid..diri masih single.. ditambah plak semakin ramai yang bakal dan telah memiliki cahaya mata yang comel2 sebagai penyeri keluarga..selalu sangat dah rasa..
tapi seadanya kita jangan mempertikaikan jalan yang telah ALLAH aturkan..pasti ada sesuatu yang Dia sediakan istimewa untuk kita..cuma tunggu masanya untuk kita tahu..

tersedar sedikit dari layanan perasaan bila terbaca tulisan ustazah noraslina jusin atau lebeh senang disapa k.ina neh..k.ina neh isteri ustaz zaharuddin..


Buat adik-adik yang dikasihi yang sedang 'bertarung' perasaan,

Soal jodoh, sebagaimana juga soal-soal selainnya dalam hidup ini adalah soal rezeki yang diberikan oleh ALLAH Subhanahu wa ta'ala kepada setiap manusia, namun berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. 

Ada yang berkahwin atas dasar suka sama suka; sebahagiannya pula bernikah atas pilihan orang tua. Ada yang berumahtangga setel
ah diusik-usik rakan sekerja, tidak kurang juga yang bertemu jodoh mereka di tempat belajar dan bekerja. Sebahagiannya merasakan teman dari kecil,bersekolah bersama itulah jodoh yang serasi dengannya; bahkan sebahagian pasangan bertemu jodoh setelah berkenalan di laman sosial ( internet ) hinggakan dengan kehendak-NYA, ada juga yang bertemu pasangan hidup ketika sedang beribadah di Baitullah! 

Ada yang bertemu jodoh pada usia remaja, sebahagian pula pada usia matang dewasa dan tidak kurang yang bertemu jodoh pada usia emas mereka. 

Namun, perlu diingat, semua itu berlaku atas kehendak-NYA tanpa melupakan bahawa setiap individu 'memiliki' jodoh mereka menurut pilihan sendiri sama ada ia diperolehi dari jalan redha ILAHI atau kemurkaan-NYA. 

Semua itu tercatat di sisi ALLAH Subhanahu wa ta'ala sebagai ujian keimanan hamba-hambaNYA. 

Maka, sebelum hijab takdirmu tersingkap, sebelum pasti siapakah jodoh yang namanya tercatat siap di sisi ILAHI, dahulukan prasangka yang baik, bermunajat yang baik, berikhtiar yang baik dan diiringi dengan tawakal yang benar kepada-NYA. Ikhlaskan hati dalam perjuanganmu mendapatkan'rezeki' itu melalui tuntunan yang haq ( benar ), halal dan mulia. 

Janganlah kerana menyangka 'rezeki' yang satu ini lambat tibanya, maka jalan haram didekati, usaha yang berkat dijauhi. 

InsyaALLAH, bak kata orang lama, kalau sudah jodoh tak akan ke mana.

Sekadar pandangan dari 'kakak' mu ini :))

semoga perkongsian ini dapat menjadi kekuatan kita yang masih belum bertemu pasangan hidup.. =)
sumber gambar: google