Sunday, 27 May 2012

tip cantek! (masker)

hehe..tetiba terselak majalah REMAJA thn 2004 dlu..cover depan gambar cute siti nurhaliza..belek2 ada la jumpa sket tip sal kecantikan..meh nak kongsi sket!


::neh cara mudah untuk buat masker::
1- untuk kulit sensetif (masker vitamin C)

  • 2 sudu makan yogurt
  • 2 sudu teh jus oren
  • 1 sudu teh minyak almond manis
campur semua ramuan bg rata.sebelum apply masker neh ke muka dan leher..pastikan muka dan leher tu bersih terlebih dahulu kemudian baru lumurkan masker. biarkan selama sepuluh minit pastu basuh dgn air sejuk.
yogurt dpt menyegarkan kulit serta dpat menghilangkan bintik2 merah pada wajah. jus oren plak kaya ngan vitamin C dan membantu menghilangkan masalah penuaan.minyak almond plak berfungsi melembabkan kulit..


2- untuk kulit kering, masker madu dan almond

  • 1 bungkus oatmeal segera
  • 2 sudu makan madu
  • 2 sudu mkn susu segar
  • 1/4 cawan almond yg dah dikupas
campur semua bahan. almond dikisar dgn pengisar.masok kan almond sedikit demi sedikit dan ratakan.kemudian last skali masukkan oatmeal campur sampai sebati. bersihkan wajah sebelum apply masker. biarkan selama 10 minit sebelum bersihkan dgn air sejuk.
butiran oatmeal dpt menyegarkan kulit dan almond plak berfungsi sebagai peeling yg bertindak dgn lembut


3- untuk kulit berminyak, masker "deep cleansing" dan toning

  • 1 sudu makan madu
  • satu biji kuning telur
  • 1 sudu mkn biji jagung mentah
campurkan semua bahan..kemudian sapukan pada muka yg dah dibersihkan dgn cara memicit secara perlahan. biar selama 25 minit sebelum cuci ngan air sejuk. selepas tu sapukan ngan penyegar dan pelembab.
madu dapat melembabkan kulit. kuning telur plak membantu menghilangkan noda itam pada wajah manakala biji jagung plak dapat menghilangkan sel2 kulit mati pada wajah.


okeyh~siap! selamat mencuba ye! ^_^

No comments:

Post a Comment