lalalalala~nyanyian lagu jepun dari henset nokia milik ira mematikan lamunannya. ditatapi skrin telefon yg memaparkan nama elias, teman sekuliahnya dahulu. hatinya tiba-tiba berdebar. lantas dibiarkan deringan telefon mati sendiri. tidak sempat ira beredar,telefonnya menyanyi lagi.nafas ditarik sedalamnya sebelum dihembus, butang hijau ditekan, hello...dia cuba menyembunyikan debaran dihati.selepas 5 minit..telefon dimatikan.isi perbualan ditelefon tadi membangkitkan rasa sedih dihati dan terpapar jelas diwajah ira.seperti dahulu,elias tak pernah berubah.hampir dua bulan elias tak pernah menghubunginya.ira tak pernah berharap,tetapi bagi ira elias cuma mengingatinya dikala pertolongan ingin diraih.ira setia menolong rakannya itu walaupon takala itu,rasa tidak ikhlas menjengah dihati. begitu lah ira,gadis yang sukar untuk berkata tidak dikala rakan meminta pertolongan. walaupon pada ketika diri dihimpit masalah.
elias, dia cuma jejaka biasa yang ira kenali didalam kelas, dua tahun perkenalan tak membawa erti apa-apa pada diri ira. namun usikan sahabat-sahabat baik sedikit mengusik hati ira agar memberi ruang sedikit kepada jejaka itu..kata mereka elias sukakan ira..dalam cuba menafikan ira kadangkala terusik juga. hatinya cuba dikunci rapat.tak sanggup lagi dia bermandi air mata hanya kerana lelaki yang tidak halal baginya. cukup lah pengalaman lalu jadi ikhtibar.semakin kuat ira tabahkan hati,semakin dekat elias kepadanya. elias selalu mencari ira takala dia perlukan pertolongan dan ira tak pernah kecewakan elias. mungkin itulah sebabnya elias suka mencari ira. telefon ira selalu berdering dek kerana panggilan elias.namun,apa yang membuat hati ira sedikit terkilan, elias cuma ada bila dia perlukan ira, bila dia perlukan nota,bila dia perlukan bahan rujukan,bila dia perlukan teman. jika tidak ira dibiarkan tanpa berita.hati ira terluka. dia tak mengharap elias sebagai kekasih, tapi sekurang-kurangnya hargailah dia.
sampai kehari ini,ira kesal kerana elias masih juga begitu, ira juga yang dicari ketika elias perlukan sesuatu. namun ira gagahi juga mulutnya menyebut ok. hatinya mendesih.."mudahnya aku dipergunakan". ira tidak tahu status elias bagi dirinya. tak mungkin elias kekasihnya, kawan,sahabat..? layakkah elias bergelar sahabat..?mungkin cuma kenalan,rakan sekuliah, rakan sekumpulan. elias yang sekarang tak lebih dari itu. ira bangun,lamunannya dibiarkan berhenti sekadar disitu. malas ira hendak imbau kembali kenangan pahit kepada dirinya. dia tak boleh biarkan dirinya terus terluka kerana kisah yang hanya jadi sejarah. "ini yang terakhir!!".. azam ira pada diri..dia tak mahu lagi membantu elias lepas ini. cukup lah setakat ini sahaja. selama ini dia terikat dengan gurauan sahabatnya yang dia ada jodoh dengan elias dek kerana wajah yang seiras. tapi dia yakin kini, dia tidak boleh biar perkara itu menghantuinya. seiras xsemestinya jodoh kita. cukuplah..ira sudah tidak mampu bertahan lagi..jika elias mencarinya lagi selepas ini..dia akan menolak dengan baik.dalam hati ira juga selalu berdoa,elias cuba faham dan hargai dia...ira juga berharap suatu hari nanti elias akan faham maksud sebenar sebuah persahabatan..