Monday 10 December 2012

ilmu : seploh (10) binatang bebisa dan beracun didunia



1. Box Jellyfish
    obor-obor neh kebanyakkannya mmg diketahui berbahaya tp Box Jellyfish neh dah mencatatkan 5,567 kematian sejak 1954 (ramai okeyh!). Paling banyak ditemui di Asia dan Australia (m'sia adakah?). obor2 neh serang melalui sengatan dia yang berbisa dan jugak membebaskan toksin nematocysts (cikgu sains pesan nama saintipik kena shenget) yang boleh melemahkan system kardiovaskular dan saraf serta sel kulit!
Rawatan segera leh sapu cuka sejurus selepas disengat sbbnya cuka mempunyai acid acetic yg boleh melemahkan racun tersebut sebelum menyerap ke saluran darah..jadik kalau nak p berenang ka..menyelam ka..atau apa saja aktiviti yang merisikokan anda disengat spesis berbisa neh..sila bawak cuka bersama.


sumber: here

2. King Cobra
    rasanya ramai antara kita dah tau betapa bahaya dan beracunnya spesis ular yang satu neh. Ular neh bleh mencecah sehingga 5.6 meter panjang..ok..panjang.sekali kena cium (gigit) dengan king cobra neh..anda (manusia) boleh mati dalam masa 5 saat.sangat pantas! spesis ular neh banyak terdapat di kawasan Asia tenggara dan jugak selatan terutamanya dikawasan tanah tinggi.

sumber : here

3. Marbled Cone snail
    Sapa cakap siput xbahaya angkat kaki..wee~okey kengkawan neh satu contoh siput yang sangat beracun dan berbahaya.. (sila turunkan kaki anda)..buktinya dengan hanya setitik..baca sekali lagi..setitik racun dari siput ini,ia mampu membunuh lebih daripada 20 manusia melalui sentuhan.habitatnya adalah sekitar kawasan persekitaran air masin bersuhu suam di laut Chagos dan Madagascar dan sepanjang perairan Fiji dan Pulau Marshall. malah apabila kna sepit dengan siput neh mangsa bleh rabun dan sesak nafas malahan lumpuh. ubat anti venom tidak mampu mengatasi racun dari spesis siput neh..setakat neh 30 kematian telah dicatatkan.

sumber :here

4. Blue-Ringed Octopus
    Sotong ini bersaiz bola golf..bkn bola sepak..bola golf..ia mampu membunuh 26 manusia dalam beberapa minit.gigitan sotong neh xmenyakitkan tapi dakwatnya yang mengandungi neurotoxins boleh melemahkan otot, kebas, sesak napas dan membawa kepada kematian. habitatnya sekitar kawasan perairan pasifik, dari jepun ke australia.

sumber: here

5. Death Stalker Scorpion
    nama dia pon dah tunjukkan betapa haiwan ini berbahaya..death.. sengatan kalajengking (betulkah aku eja neh) mengeluarkan racun neurotoxins. simptom apabila terkena sengatan adalah demam dan jika serius mangsa boleh mendapat sawan, lumpuh dan maut. Hidupan ini berleluasa di Afrika Utara dan Timur Tengah.

sumber: here

6. stonefish
    ini adalah spesis ikan yang oaling berbisa kerana pada durinya terdapat racun. oleh sbb racunnya mampu membunuh dalam masa sepuluh minit, rawatan segera perlu diberikan sejurus selepas disengat. kebiasaannya bahagian yang kna gigitan tu perlu dibuang untuk mengelakkan racun merebak kebahagian lain. racunnya boleh membuatkan mangsa lumpuh dan kematian tisu malah mampu membawa maut. banyak terdapat di perairan tropika cetek dilautan pasifik dan lautan india, bermula dari Laut Merah ke Queensland, Australia.

sumber: here

7. The brazilian wandering spider
    labah-labah neh telah diiktiraf didalam Guinness world record sebagai labah-labah yang paling berbisa dan jugak penyebab kematian tertinggi. aktif pada waktu malam tertamanya dikawasan berpenduduk padat (patutlah penyebab kematian tertinggi). Gigitan berbisanya mampu menyebabkan kematian dan jugak mati pucuk (oh no!).

Brazilian Wandering Spider
sumber: here

8. Inland Taipan
    ular ini mengandungi racun yang cukup untuk membunuh 100 orang dewasa atau 250000 ekor tikus. racunnya mengandungi 200-400 kali lebeh daripada ular tedung biasa. ia mampu membunuh dalam masa 45 minit. namum setakat ini tiada kematian dicatatkan dan ular ini banyak terdapat di australia.

sumber: here

9. Poison Dart Frog
    Katak bertekstur badan berwarna-warni dan berukuran lima sentimeter panjang boleh membunuh 10 manusia atau 20000 ekor tikus melalui rembesan racun melalui bintik pada badannya jika disentuh.Katak ini jugak digelar katak damak dan banyak ditemui dikawan hutan di Amerik tengah atau selatan.

sumber: here

10. Puffer Fish
      spesis ikan buntal yang menjadik hidangan istimewa dijepun ini digelar Fugu dan di korea dikenali dengan Bok-uh. keracunan akan berlaku apabila tidak dimasak dgn betul. mangsa hilang deria, pening, muntah, kadar denyutan jantung cepat, sesak nafas dan lumpuh, serta boleh membawa maut dalam tempoh 4 hingga 24 jam.. (sanggup diorang makan walau tau sgt berisiko)

sumber: here


alololooo..comelnya~ kesimpulannya jangan ingat yang comel tu xbahaya okey!

1 comment: