Thursday 2 August 2012

Segmen by I Love Sleep: Cerita disebalik gambar


hari : khamis
tarikh : 2 ogos
ramadhan yang ke 13

ada rasa membuak2 lam dada neh nak update blog..tp apakan daya..idea xmau mai..jadik..join segmen lagi..hehe..maap ye bg yang jengah blog neh keja nampak segmen ja..lagipon segmen yg i love sleep buat neh nampak cam besh! senang ja..tgk gambar kat bawah neh..pastu reka cerita..apa2 je..syair sajak ke..ikut sesuka hati sesedap rasa.. ^_^..ehee

::cerita saya::



dahulu: aku selalu berkata TIDAK bila disuruh melakukan sesuatu
dahulu: bila permintaanku xdipenuhi pintu bilik selalu kuhempas tanda aku sedang marah
dahulu: semua pakaiku..makan minumku terurus dan tersusun sebaiknya tanpa perlu aku bersuara
dahulu: ada yang setia mendengar setiap luahanku tanpa sedikit pon rasa bosan
dahulu: ada yang menyisir rambutku saat aku baru bersyampu
dahulu: ada yang cuba sedaya upaya mencari duet semata2 untukku belajar waloupon kekadang duet tu bnyk dihabiskan untuk perkara lain
dahulu: sahurku xpernah terlepas dek kerana ada yang setia mengejutkan waloupon kadang2 terpaksa berkali2 memanggilku
dahulu: rayaku ada yang memberi duet raya waloupon xsebanyak mana
dahulu: bila aku pergi jauh..ada tempat untuk aku pulang..ada senyuman menanti dimuka pintu


tapi kini:
xada lagi..aku keseorangan..
tak ada sesiapa mampu gantikan tempat itu..
xada lagi orang yang meleteri perbuatan salahku
xada lagi yang sudi menyediakan makan pakaiku dengan sabar
xada lagi teman tok ku luahkan segalanya tanpa perlu berselindung
xada lagi tangan dia yang boleh aku cium
xada lagi yang mengejutkanku waktu sahur
xada lagi kucupan dan salam maaf boleh aku hulur saat pagi lebaran menjelma..
xada lagi senyuman manis menanti kepulanganku..
xada lagi orang yang boleh aku panggil "mak"
xada lagi...cuma rindu yang mampu aku rasa..
emak dah lakukan segalanya untukku
cukupkah apa yang aku lakukan untuk mak?
andai masih ada peluang..ingin berkali2 aku ucapkan..
aku sayang mak..
seperti keseorangan dijalan ini..
aku cuba berjalan bertemankan kenangan..





sebenarnya nak post ptg td..tp tetiba xde idea..huhu
ini cuma peringatan untuk diri sendiri..andai masa ini tiba
Alhamdulillah..saya masih punya ibu..masih sempat untuk berbakti..



5 comments:

  1. thx sbb join segment ni.. tgk la blogger lain pnye citer
    http://jalanjatuhdanbangun.blogspot.com/2012/07/list-segment-cerita-di-sebalik-gambar.html

    ReplyDelete
  2. huhuhuhuhu dr segmen yang sama. best entry awak! semoga berjaya yer huhuhu

    ReplyDelete
  3. pemenang segment telah di umumkan http://jalanjatuhdanbangun.blogspot.com/2012/09/pemenang-segment-cerita-disebalik-gambar.html

    ReplyDelete