Saturday, 9 June 2012

"abg..bantu ayu hadapi dugaan ini"

Dr Malique menarik nafas sedalamnya sebelum berbicara dengan yusof..pengalaman sebagai pakar selama sepuluh tahun tak pernah memudahkan dia saat memberitahu perkara sebenar kepada pesakit.namun tanggungjawab saat dia berikrar untuk menjadik doktor sejak kecil lg perlu dia lunaskan.. "saya harap en.yusof dah bersedia menerima segala ketentuan ALLAH ini dengan hati yg tabah".."insyaallah Dr..walau apa keputusannya..saya redha.." yusof sedikit tergamam saat mendengar penerangan Dr Malique tentang penyakit isterinya..dia xmampu berkata apa-apa saat itu..cuma wajah ayu dan anaknya Mikael terbayang diminda..sampul coklat yang dihulur oleh Dr malique disambut lemah.."terima kasih Dr"..yusof bangun meminta izin pulang.. Dr malique cuma mengangguk sambil matanya terus memerhati tubuh milik pemuda berusia 38 tahun itu hilang disebalik pintu..
pintu kereta ditutup rapat..yusof cuba sedaya upaya menenangkan diri..semua ini umpama mimpi baginya.. dugaan ALLAH dtg bertimpa2 dirasakannya.. sepuluh tahun dlu dia dan isterinya ayu berusaha untuk mendapat zuriat dan Alhamdulillah..mahligai bahagia yg terbina makin berseri dgn kehadiran mikael..dia tahu ayu tabah..ayu tak pernah merungut..wanita itu dikenalinya sewaktu di universiti dahulu..junior yusof..ayu yg dikenalinya ketika itu tidak rapat dgn mana2 lelaki..orangnya tidak pemalu..tapi lebih suka berkawan dgn perempuan..yusof mengambil keputusan meminang ayu selepas ayu menerima segulung ijazah..mungkin keberanian yusof terus berjumpa keluarga ayu membuka pintu hati isterinya itu walaupon pada ketika itu ayu tidak begitu mengenalinya..bagi yusof wanita seperti ayu tidak boleh dia lepaskan begitu sahaja..mereka bahagia sepanjang berkahwin..dia bersyukur memiliki ayu..ayu isteri yang solehah..
tapi sejak dua menjak neh..panadol dah menjadi teman hidup ayu..2,3 kali ayu mengadu yang dia selalu sakit kepala..tak pernah terlintas difikiran yusof semuanya bakal terjadi seperti hari ini..dia jumpa ayu pengsan ditaman rumahnya pada suatu petang..sangka yusof ayu mungkin terlalu penat menguruskan rumahtangga dan melayan kerenah sikecil seorang diri..namun keputusan yang diterima dari dr malique tadi menafikan segala sangkaan yusof..dia menyesal tidak mengambil berat aduan ayu tentang sakit kepalanya..sampul coklat tadi ditatap lama sebelum yusof dapat menstabilkan diri menghidupkan kereta dan pulang. mindanya rancak menyusun ayat..mencari baris terbaek untuk berbicara dengan ayu agar isterinya itu dapat menerima segalanya dengan redha..dia tahu ayu tabah..tapi adakah dia setabah ayu..?
sampai dirumah..kereta dipark..yusof mengambil sampul coklat namun dia tidak terus keluar dari kereta..sekali lagi dia menatap isi dalam sampul itu..mengharapkan apa yang didengarnya dari mulut Dr malique tadi tidak benar..namun yusof hampa..dadanya sebak namun sedaya upaya dia cuba bertahan..siapa dia mampu menidakkan qada dan qadar yang telah Allah tentukan..
ayu baru lepas menidurkan sikecil saat pintu bilik dikuak yusof.."eh..abg dah balik?? maaf abg..ayu xdengar bunyi kereta abg tadi.." lantas tangan ayu hulurkan..bersalam dan mencium tangan suami tercinta seperti selalunya..yusof menarik ayu..bersama-sama dengannya duduk disudut katil..ayu mengikut tanpa membantah..yusof bisu tanpa suara..tapi mukanya dah mencerminkan ada sesuatu yang xkena..itu yang ditangkap ayu saat menatap wajah kacak suaminya..yusof menghulurkan sampul coklat kepada ayu..ayu capai sampul itu lantas buka dan membaca isinya.. satu persatu ayat ayu baca..hadam sepenuhnya sampailah matanya menangkap ayat "barah Otak"..matanya terhenti lama disitu..saat itu yusof menarik sebelah tangan ayu dan menggengam erat tangan kecil itu..suasana hening seketika..ayu cuba menghimpun kekuatan yang ada..diletakkan sampul dan isinya kesisi dengan perlahan..kedua2 tangannya kini bertaut erat ditangan yusof..yusof masih membisu..namun matanya mula berkaca..ketabahan yang dia pertahankan dari tadi hampir gugur kebumi..wajah ayu ditatap sedalamnya..dalam hati terdetik doa.. "Ya Allah..tabahkanlah  hatiku..agar aku dapat tabahkan isteriku yang tercinta ini"..
ayu memegang lembut pipi suaminya..ayu tahu..bukan dia sahaja yang terkejut dengan isi sampul coklat tadi..yusof lantas memeluk erat ayu..tidak mahu dia lepaskan tubuh isterinya itu..dia takut kalau ini pelukan terakhir..dia sangat mencintai wanita itu..sedikit air jernih tumpah dipipi..ayu sebak..dia tahu kasih sayang suaminya itu xberbelah bagi..ayu merapatkan mulutnya ketelinga yusof..suaranya bergetar.. "abg..bantu ayu hadapi semua ini..ayu xmampu berjuang berseorangan"..jiwa tabahnya xmampu lagi bertahan..deraian air mata menghempas pipi mulusnya..tautan yusof semakin erat.."abg xkan tinggalkan ayu..abg janji.." yusof berjanji pada dirinya..dia akan cuba seday upaya membahagiakan ayu..sampai saat Allah menjemput isterinya itu..dan mereka xkan berhenti berdoa..semoga Allah beri kan yang terbaik dan agar mereka selalu tabah..

No comments:

Post a Comment