Sunday, 26 August 2012

H.A.T.I

lenguh mulut neh menjawab pertanyaan bertali arus sahabat handai dan sanak saudara tentang kerja..aku terpaksa sehabes baek melemparkan senyuman pada mereka saat menjawab..xkerja lagi..ya..xkerja lagi..saya xkerja lagi..biarlah apa hati depa berbicara..nak kutuk..nak mengata..sehabis daya aku cuba abaikan..aku cuba memaafkan..depa xtau dan xkan pernah tau liku2 hidup yg tengah aku jamah sekarang..pemegang ijazah yg masih menggangur..mungkin sejarah aku sebagai pelajar yang agak cemerlang dulu seperti tidak memungkinkan aku berkesudahan..menganggur lepas lama abes degree..mereka xtahu..

hidup kita xsama..permulaanya pon dah berlainan..saat cemburu menjalar subur dalam diri..melihat rakan2 bergembira dgn kerjaya yg mereka miliki..kebahagiaan yang mereka miliki..air mata mengalir perlahan..cuba aku yakinkan diri ini..bahagian aku pasti ada..pasti!

aku perlu utamakan syurga aku..penentu syurga aku..ibu dan ayah aku..keredhaan mudah disebut tp susah mengikhlaskan nya..aku xmenyalahkan takdir..seharusnya aku sedar..ibu dan ayah menjadi penyebab aku kesyurga..dan sebab jugak aku mungkin tergelincir keneraka..

"YA ALLAH..KENTALKAN HATI INI..IKHLASKAN HATI INI..SEDARKAN AKU YA ALLAH..INI PELUANG YANG KAU BERIKAN UNTUK AKU..PELUANG UNTUK AKU KEMBALI MENCARI SYURGAMU..AMIN"

Saturday, 11 August 2012

ramadhan+bazar+10 malam terakhir+hari raya

hehe..tajuk merangkumi semua..
tinggal berapa hari je lagi ramadhan akan tinggalkan kita..sedeh x? belum tentu lagi tau kita bleh jumpa lg dengan ramadhan lepas neh..tapi memang cepat sangat rasanya masa berlalu..adakah sebab usia yang makin meningkat membuatkan kita xkisah dengan masa..sebab tu rasa masa cepat berlalu..kalau dulu kejap2 tgk jam..kejap2 tgk jam..mmg la rasa lambat..hehe

ramadhan kali neh baru sekali jejak ke bazar..mmg betullah jadik xterkawal..semua makanan nak beli..semua jeneh air nak beli..adeyh~ tapi setiap tahun kalo g bazar mesti xmiss beli:

a. murtabak @ martabak @ mertabak..?xksah lah..tp mmg xpenah miss
b. kuih samosa..yurmm!
c. ayam bakar..slurp~
d. air tebu..ahhhh

tu baru yang mewajibkan diri beli..yang sunat?haha..bln puasa bukan lagi jimat..lagi membazir..bukan makin kurus jugak..tp makin bambam..huhu mertabak dekat sini paling murah RM1.50 paling mahal..special (kunun) dalam RM3.00..ayam bakar sekor dari RM15-RM17.. air tebu..kicik RM 1.00 hingga besar RM3.00..hurm..beza sungguh masa dulu..suma makanan berlumba2 letak harga tinggi..tu xkira lauk pauk..sanggup berhabis untuk memenuhi nafsu makan..bukan takat berhabis..bersesak2 lagi..huhu

next!
kita dah berada sepuluh malam terakhir dan suma umat islam patutnya dah tahu..saat ini lah kita mencari-cari malam lailatul qadar..insyaallah semoga saya dan anda..kawan2 saya dipilih untuk menghiasi malam terbaek tu..tapi..hurmmm kita kan..bila masok ramadhan terakhir neh bukan pikir sangat nak carik lailatul qadar..tapi dok pikiaq kueh raya..baju raya..langsir..perabut nak tukaq..cat umah..suma2 lah menghala ke hari raya..termasuklah tuan punya jari jemari yang dok menaip neh..yelah raya dah dekat kan?hihi..

rasanya dah sampai masanya..kita perbaiki diri..saya perbaiki diri..xsalah sibuk nak menyambut raya..tapi kena ingat jugak..keindahan malam lailatul qadar..hihi  ;)

nota.kaki.kanan--> xdak gambar makanan sebab takot tuan rumah terliur.. :D
nota.kaki.kiri ---> malaysia makin panaih kan? :(

Wednesday, 8 August 2012

mencari LAILATUL QADAR

sedikit perkongsian berkenaan lailatul qadar..semoga kita diantara yang terpilih untuk menghidupkan malam istimewa itu..

petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama' untuk mencari malam Lailatul Qadar

jika Ramadhan jatuh pada hari:

  1. ahad atau rabu malam lailatul qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan
  2. isnin - 21 Ramadhan
  3. selasa  atau jumaat - 27 Ramadhan
  4. khamis - 25 Ramadhan
  5. sabtu - 23 Ramadhan
kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. walaubagaimana pon, janganlah ibadat pada malam itu sahaja, carilah pada malam-malam ganjil yang lain jugak. 

Tanda-tanda Lailatul Qadar

  • malam itu tenang. tidak dingin dan jugak tidak panas
  • siang cahaya matahari pucat warnanya
  • pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat dan tandanya ialah tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba..

wallahu'alam


sumber page Islam itu indah (FB)

Tuesday, 7 August 2012

google doodle

haha..addicted! baru main semalam dan rasa cam susahnyaaaa nak stop..! kalo korang busan2 leh la main..simple tapi lepas dapat point tu rasa nak lagi..nak lagik! 



seblom neh dah ada games lain..tp xmain..main yg basketball neh ja..jom la kita main sama2..~ paling tinggi point stakat neh yg saya berjaya score..39..hehe


pengubat hati


siapa xrasa gusar..saat rakan2 berpusu2 mendirikan masjid..diri masih single.. ditambah plak semakin ramai yang bakal dan telah memiliki cahaya mata yang comel2 sebagai penyeri keluarga..selalu sangat dah rasa..
tapi seadanya kita jangan mempertikaikan jalan yang telah ALLAH aturkan..pasti ada sesuatu yang Dia sediakan istimewa untuk kita..cuma tunggu masanya untuk kita tahu..

tersedar sedikit dari layanan perasaan bila terbaca tulisan ustazah noraslina jusin atau lebeh senang disapa k.ina neh..k.ina neh isteri ustaz zaharuddin..


Buat adik-adik yang dikasihi yang sedang 'bertarung' perasaan,

Soal jodoh, sebagaimana juga soal-soal selainnya dalam hidup ini adalah soal rezeki yang diberikan oleh ALLAH Subhanahu wa ta'ala kepada setiap manusia, namun berbeza antara seorang dengan seorang yang lain. 

Ada yang berkahwin atas dasar suka sama suka; sebahagiannya pula bernikah atas pilihan orang tua. Ada yang berumahtangga setel
ah diusik-usik rakan sekerja, tidak kurang juga yang bertemu jodoh mereka di tempat belajar dan bekerja. Sebahagiannya merasakan teman dari kecil,bersekolah bersama itulah jodoh yang serasi dengannya; bahkan sebahagian pasangan bertemu jodoh setelah berkenalan di laman sosial ( internet ) hinggakan dengan kehendak-NYA, ada juga yang bertemu pasangan hidup ketika sedang beribadah di Baitullah! 

Ada yang bertemu jodoh pada usia remaja, sebahagian pula pada usia matang dewasa dan tidak kurang yang bertemu jodoh pada usia emas mereka. 

Namun, perlu diingat, semua itu berlaku atas kehendak-NYA tanpa melupakan bahawa setiap individu 'memiliki' jodoh mereka menurut pilihan sendiri sama ada ia diperolehi dari jalan redha ILAHI atau kemurkaan-NYA. 

Semua itu tercatat di sisi ALLAH Subhanahu wa ta'ala sebagai ujian keimanan hamba-hambaNYA. 

Maka, sebelum hijab takdirmu tersingkap, sebelum pasti siapakah jodoh yang namanya tercatat siap di sisi ILAHI, dahulukan prasangka yang baik, bermunajat yang baik, berikhtiar yang baik dan diiringi dengan tawakal yang benar kepada-NYA. Ikhlaskan hati dalam perjuanganmu mendapatkan'rezeki' itu melalui tuntunan yang haq ( benar ), halal dan mulia. 

Janganlah kerana menyangka 'rezeki' yang satu ini lambat tibanya, maka jalan haram didekati, usaha yang berkat dijauhi. 

InsyaALLAH, bak kata orang lama, kalau sudah jodoh tak akan ke mana.

Sekadar pandangan dari 'kakak' mu ini :))

semoga perkongsian ini dapat menjadi kekuatan kita yang masih belum bertemu pasangan hidup.. =)
sumber gambar: google


Monday, 6 August 2012

bila tiba waktu itu

penah tak korang terpikir pasal kematian..
bila kita akan mati..
antara kita dan mak serta ayah..dan jugak adeq bradek yang lain..siapa akan pergi dulu
siapa yang akan menangis bila tau pasal kita dah tak dak...
siapa kawan kita yg akan dtg rumah melawat kita buat kali terakhir..
ada tak kawan-kawan yang bergembira sebab kita dah xdak..
sampai bila diorang akan ingat kita..
siapa yang akan hantar kita kekubur dan berat kaki tok tinggalkan kita kat sana..
siapa yang tanpa sengaja tertaip msg kat kita..dan siapa yang akan still simpan no kita sampai bila2..




mungkin lepas kita mati..baru kita tau..dan mungkin jugak..kita xkan pernah tau..
cukupkah bekalan kita dah sediakan tok menghadapi kematian..?
aku..?semestinya xcukup...
kita tahu kan..mati itu pasti..jadi kita kena bersedia menghadapi mati..dan bersedia andai yg kita sayang pergi dahulu..

tetiba wat entri sal mati..hidup mmg seronok..tp jgn lupa..hidup neh sat ja..sat sgt.. =)


Friday, 3 August 2012

harga

entri ini xada kena mengena dengan harga diri.. =P
just nak share tentang harga barang2 skrg..harga buah-buahan..tadi ayah saya ada beli buah dukong..dan buah cempedak untuk berbka..dukong neh buah dia lebeh kurang langsat jugak..tp kulit dia sedikit tebal dan xbergetah..tengah makan tetiba ayah bersuara pasal harga buah-buahan tu..cempedak RM3.00..separuh rasanya..xpasti berat berapa..dukong plak 2kilo RM5.00..

korang panggil neh dukong jugak ke?

kata ayah harga buah-buah kayu (xthu kenapa ayah sebut buah-buah kayu) neh mmg murah tp kesian dekat orang yang jual..untung xbanyak mana..hurm..betul jugak..peniaga buah-buahan neh bukan datang dari golongan yang senang2..hasil lak xmenentu..kekadang ada..kekadang x..tapi bila naikkan harga..mesti kita merungut..semua tu peniaga kena la hadap..

tempat korang harga buah-buahan kampung neh cena?harga lebeh kurang jugak ke..ke..korang xnah beli..hihi

nota: lepas dengar sal baskin robbins nak bg ice cream free kalo team malaysia dpt gold olimpic..sokongan tok team malaysia tetiba bertambah..semakin ramai yg harap datuk lee chong wei jadik juara..haha kerana ice cream...apa2pon semoga ada team malaysia yang dpt pingat..


update:
lee chong wei dah melangkah ke final.. ^_^

Thursday, 2 August 2012

selamat menyambut Ramadhan hari ke 14

pejam celik..pejammm..celik balik..sat ja..ramadhan dah menjengah hari yang ke 14..dah hampir separuh ramadhan kita lalui..jadi jalani baki hari2 terakhir neh dgn sebaeknya..semoga kita semua (muslim) sentiasa berada dibawah rahmatNya.. ^_^


nak kongsi sket surah2 yang boleh diamalkan dan Insyaallah akan bagi manfaat kat kita..neh untuk ibu2 mengandung..

Al-fathihah- untuk terang hati dan jugak kuat ingatan

Surah Maryam- untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak cerdik akal dan cerdik jiwa

Surah Yusuf- untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak

Surah al-hujurat- untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati2

Surah Yasin- untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh godaan syaitan yg mengajak kepada maksiat

Surah al-tawbah- untuk membersihkan jiwa dan terpelihara daripada maksiat.

Surah al Nahl- untuk melahirkan anak yang berdisiplin

comelkan??
tapi bkn kucing saya..ekeke~


Segmen by I Love Sleep: Cerita disebalik gambar


hari : khamis
tarikh : 2 ogos
ramadhan yang ke 13

ada rasa membuak2 lam dada neh nak update blog..tp apakan daya..idea xmau mai..jadik..join segmen lagi..hehe..maap ye bg yang jengah blog neh keja nampak segmen ja..lagipon segmen yg i love sleep buat neh nampak cam besh! senang ja..tgk gambar kat bawah neh..pastu reka cerita..apa2 je..syair sajak ke..ikut sesuka hati sesedap rasa.. ^_^..ehee

::cerita saya::



dahulu: aku selalu berkata TIDAK bila disuruh melakukan sesuatu
dahulu: bila permintaanku xdipenuhi pintu bilik selalu kuhempas tanda aku sedang marah
dahulu: semua pakaiku..makan minumku terurus dan tersusun sebaiknya tanpa perlu aku bersuara
dahulu: ada yang setia mendengar setiap luahanku tanpa sedikit pon rasa bosan
dahulu: ada yang menyisir rambutku saat aku baru bersyampu
dahulu: ada yang cuba sedaya upaya mencari duet semata2 untukku belajar waloupon kekadang duet tu bnyk dihabiskan untuk perkara lain
dahulu: sahurku xpernah terlepas dek kerana ada yang setia mengejutkan waloupon kadang2 terpaksa berkali2 memanggilku
dahulu: rayaku ada yang memberi duet raya waloupon xsebanyak mana
dahulu: bila aku pergi jauh..ada tempat untuk aku pulang..ada senyuman menanti dimuka pintu


tapi kini:
xada lagi..aku keseorangan..
tak ada sesiapa mampu gantikan tempat itu..
xada lagi orang yang meleteri perbuatan salahku
xada lagi yang sudi menyediakan makan pakaiku dengan sabar
xada lagi teman tok ku luahkan segalanya tanpa perlu berselindung
xada lagi tangan dia yang boleh aku cium
xada lagi yang mengejutkanku waktu sahur
xada lagi kucupan dan salam maaf boleh aku hulur saat pagi lebaran menjelma..
xada lagi senyuman manis menanti kepulanganku..
xada lagi orang yang boleh aku panggil "mak"
xada lagi...cuma rindu yang mampu aku rasa..
emak dah lakukan segalanya untukku
cukupkah apa yang aku lakukan untuk mak?
andai masih ada peluang..ingin berkali2 aku ucapkan..
aku sayang mak..
seperti keseorangan dijalan ini..
aku cuba berjalan bertemankan kenangan..





sebenarnya nak post ptg td..tp tetiba xde idea..huhu
ini cuma peringatan untuk diri sendiri..andai masa ini tiba
Alhamdulillah..saya masih punya ibu..masih sempat untuk berbakti..



Wednesday, 1 August 2012

SEGMEN : Tambah Follower Blog Sampai 1000+


haha..berblogwalking tadik.. jumpa blog izzah..dia ada wat segmen : tambah follower blog sampai 1000+. rajin lak rasa nak join..join segmen lagik..hihi
bagus join segmen neh..leh tambah kwn2..bg kwn2 blog saya neh yang follower kurang dari 1000 mai kita join.. ^_^

okeyh! follower saya skrg 17 org..harap dpt tmbah lagi lps neh..seronok bila ramai kawan...kan?

3 org yang dikira bertuah sbb saya akan tag mereka ialah:

mashi ^_^
kawan baik saya neh..hehe

wafa
kwn yg saya baru berkenalan..suka blog dia sbb bnyk info =)

nani
baru kenal jugak! blog cik nani pon besh!

salam kenal ye! =)