Friday, 20 July 2012

cara buat potato smashed ala kepsi

kalo makan kepsi..cnth: dinner plate la kan..mesti ngan ayam tu ada skali kentang putar..dan kentang putar mmg my peberet! sedap! tp kalo makan kat cna mmg xpuas..jadik kalo sapa yang rasa cam nak puaskan nafsu makan tu dan bnyk masa terluang..duet plak xbpa nak berkepuk2..meh la kita try sama2..hee~
tp xdak la sebijik cam kfc..haha

neh tok 2 orang..kalo rasa sorang pon mampu perabeh..ok ja.. :D

BAHAN-BAHAN
- 5 bijik ubi kentang
- butter..kalo pakai butter yg 4segi tu amek half (1/2) ja
- 1/2 cawan tepung jagung --> bancuh ngan air
- 1 kiub ayam..
- secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah (kalo nak pedas..kalo xnak xletak pon xpa)

CARA BUAT

untuk smashed potato
- rebus sampai betul2 empuk dan lembut (lebey kurang 20 minit-->30 minit) kemudian lenyekkan
- kalo yang suka pedas tu leh lah masokkan lada 
- pastu wat bentuk bolat..nak wat petak pon bleh.. depend


untuk gravy (kuah)
-cairkan butter atas api sederhana..
- lepas cair masokkan bancuhan tepung jagung..kacau dan trus kacau
- cam tadi gak..kalo nak pedas..silalah masokkan sedikit lada
- lepas kaler dia dah perang sket..masukkan kiub ayam..and kacau sampai mendidih

siap! hidangkan smashed potato ngan gravy..

silalah kalo nak cuba..hehe gambar xyah letak g lah..sbb skrg bln puasa..leh bayangkan bentuk dia cam kentang putar kfc..yummies!

adat minum orang mukmin

hari neh start puasa.. Alhamdulillah..arap2..aku..kamu..kamu dan kamu yang bergelar muslim dapat mengharungi bulan ramadhan kali neh dgn jayanya..siapa tahu ini mungkin ramadhan terakhir kita..
 jadik nak kongsi sket..walaupon rasanya ramai dah tahu..hee~

ADAT MINUM ORANG MUKMIN

  • sunat untuk kita membaca  بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ  dan diakhiri dgn  الحمد لله
  • makruh meminum daripada mulut tempat simpan air atau bibir bekas contoh mcm botol, jug, cerek.
  • makruh meniup atau bernafas kedalam air ketika meminumnya
  • hendaklah duduk ketika minum xkira dimana anda berada
  • jgn minum daripada bekas yang dibuat daripada emas atau perak
  • jgn minum dalam keadaan perut terlalu kenyang



Thursday, 19 July 2012

info menarik! (lubang besar)-PART 2

DIAVIK DIAMOND MINE KANADA
ini adalah lombong berlian di daerah utara Northwest Territories,kanada, sekitar 300 KM (186 batu) utara Yellowknife. ia telah menjadik bahagian penting untuk ekonomi daerah hingga mampu mengaji 700 pekerja dan menghasilkan 8 juta karat (1600kg) berlian setiap tahun. tapak galian adalah dimiliki oleh syarikat antara Harry Winston Diamond Corporation dan Diavik Diamond mine inc, anak syarikat rio Tinto group. usia lombong ini dianggar 16-22 tahun.

sumber gambar sini

MIRNY DIAMOND MINE SIBERIA
Lombong buatan manusia yang kedua terbesar didunia ini merupakan lombong berlian yang terletak dipinggir mirny, sebuah bandar kecil di siberia timur. Galian ditemui pada  13 jun 1955oleh ahli geologi soviet yurikhabardin,ekaterina elagina dan viktor avdeenko semasa ekspedisi amakinsky. galian adalah 525 m (1720 kaki) dalam dan mempunyai diameter 1200 m (3900 kaki). ruangan udara di atas lombong ditutup untuk helicopter kerana beberapa kejadian dimana mereka disedut oleh aliran udara kebawah.

sumber gambar sini

DARVAZA GAS CRATER TURKMENISTAN
denweze adalah kawasan yang kaya dengan gas asli. mengikut sejarah, ahli geologi pada tahun 1971 secara tidak sengaja menemui sebuah gua bawah tanah yang penuh dengan sumber gas asli. malangnya tanah dibawah telah mengalami runtuhan dan meninggalkan lubang besar dengan diameter sekitar 50-100 m. untuk mengelak pembuangan gas beracun, maka telah diputuskan gas yang keluar akan dibakar. geologi berharap api akan padam selepas beberapa hari tetapi gas terus membakar selepas itu. ada beberapa tempat diseluruh dunia yang penduduk percaya adalah pintu keneraka. 

sumber gambar sini

kebanyakan lubang-lubang besaq neh..manusia yang buat..
sumber: majalah ujang

info menarik! (lubang besar)-part 1

KIMBERLY BIG HOLE SOUTH AFRIKA
kimberly bermula sebagai sebuah bandar yang dipanggil "new Rush" dan diganti namanya kimberly pada 5 jun 1873. lubang yg dalamnya mencecah 1097M neh terjadik apabila digali manusia sendiri dan telah menghasilkan lebeh 3 tan berlian sebelum ditutup pada 1914. tiga daripada sisa lubang; Toitspan Du, Wesselton, dan Bultentien jugak ditutup pada tahun 2005.

sumber gambar sini
GREAT BLUE HOLE BELIZE
lubang ini adalah lubang pembuangan air yang besar di luar pantai belize, sebuah negara di Amerika Tengah. lubang ini dibentuk sebagai sistem gua kapur selama zaman ais terakhir ketika paras laut jauh lebeh rendah. terdapat banyak lubang biru didunia tetapi tidak dapat menandingi kehebatan lubang biru yang satu neh. ini telah menjadi Tapak Warisan Dunia Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).


sumber gambar sini

SINKHOLE IN GUATEMALA
pada 23 feb 2007, sebuah lubang sedalam 330 kaki telah terbentuk dan mengakibatkan 12 rumah ditelan dan 3 orang terkorban.lubang ini telah mengakibatkan dan mengeluarkan bau busuk. pihak berkuasa telah menyalahkan lubang pembuangan dia aliran kumbahan bawah tanah yang pecah.

sumber gambar sini


BINGHAM CANYON MINE UTAH
jugak dikenali sebagai Kennecott Copper Mine ini dimiliki oleh Rio Tinto Group, sebuah syarikat perlombongan antarabangsa yang berpusat di UK. aktiviti galian telah beroperasi sejak 1863 hingga kehari ini dan hasilnya terciptalah sebuah lubang yg merangkumi 1.900 hektar (7,7 KM). ini adalah penggalian manusia yg terbesar didunia dan telah diakui oleh National Landmark pada tahun 1966 dibawah nama Bingham Canyon Open Pit Copper Mine


sumber gambar sini

GLORY HOLE MONTICELLO DAM, CALIFORNIA
terletak di monticello dam di tasik berryessa, california utara, lubang rasaksa ini bertindak sebagai injap tasek. empangan dan injap ini dibina pada tahun 1953 dan 1957. ia mampu menelan 48400 kaki padu persaat dan jarak daripada saluran ke titik pintu keluar adalah sekitar 700 M. jenis injap pada asalnya adalah saluran konkrit gergasi. lubangnya terbesar adalah 72 M dan mengecil sekitar 28 M.

sumber gambar sini


SARISARINAMA PLATEAU
lubang ini pertama kali dilihat dan dijelajah pada tahun 1974. ia terletak di Jaua-Sarisarioama. taman negara di venezuela. ia dikatakan masih menjadik misteri geologi.

sumber gambar sini

tu ja takat neh..ehee..mungkin akan ada part 2 lepas neh..mungkin~owh..kalo ada salah silap bagitau ek.. :D
sumber majalah UJANG




baruku tahu wat ice blended lg mudah drpda sebut namanya

korang thu x ice blended tu apa?haha..mesti la tau kan..gerai2 jual ice blended neh dah bercambah dgn suburnya kat m'sia..slama neh dok beli ja..keja mudah..order..hulur duet dapat la ice blended yg kadang2 sedap..kadang2 tawaq habiaq~
kemaren atau setengah negeri ckp semalam..rsa tingin nak minum milo ais..tah cena tgn neh amek ais ketuk2..masok lam blender..letak milo..letak gula sket..air..pastu blend..haha..hasilnya..~owh ceni rupanya wat ice blended..hahaadeyh~neh la akibatnya bla suma menda tau nak beli ja..xpenah nak try wat snirik..
mmg ice blended neh..ice+blender..
aku letak milo ja..sng..gpon dah mmg feberet dari dulu milo..bila wat snirik..nak letak bnyk mna pon bleh..bleh gak kalo nak letak susu..tp aku lebeh ska milo ngan gula saja..my mum pon ska~
mmg mudah sgt..~moh la kita wat snirik!hehe..

p/s: mungkinkah hanya aku sorang ja yang xtau seblom neh.. huhu

Wednesday, 18 July 2012

S.E.N.Y.U.M =)

/BLUSH

"kacak luar
kacak dalam
kacak dengar sini
kalau saya senyum
awak mesti senyum sekali
kalau kita senyum
semua org berjangkit
bila semua org senyum
dunia tiada penyakit
senyum!"

yeah..
itu lagu malique  n najwa..aku mmg ska sgt ngan hasil karya malique, bg aku sgt kreatif.
dlu ska dengaq lagu too phat..
bla too phat berpecah ingatkan mmg dah xdgr dah lagu malique neh..hihi
senyum..
gambar bawah neh ada catatkan kenapa perlu :D
amek pic cantek neh dri islamic Quotes



xksah lah kalo kita tgh sedeh sgt..cuba lah tok senyum..xkisah lah kalau senyum sorang2 pon..ehee