Thursday, 19 July 2012

info menarik! (lubang besar)-PART 2

DIAVIK DIAMOND MINE KANADA
ini adalah lombong berlian di daerah utara Northwest Territories,kanada, sekitar 300 KM (186 batu) utara Yellowknife. ia telah menjadik bahagian penting untuk ekonomi daerah hingga mampu mengaji 700 pekerja dan menghasilkan 8 juta karat (1600kg) berlian setiap tahun. tapak galian adalah dimiliki oleh syarikat antara Harry Winston Diamond Corporation dan Diavik Diamond mine inc, anak syarikat rio Tinto group. usia lombong ini dianggar 16-22 tahun.

sumber gambar sini

MIRNY DIAMOND MINE SIBERIA
Lombong buatan manusia yang kedua terbesar didunia ini merupakan lombong berlian yang terletak dipinggir mirny, sebuah bandar kecil di siberia timur. Galian ditemui pada  13 jun 1955oleh ahli geologi soviet yurikhabardin,ekaterina elagina dan viktor avdeenko semasa ekspedisi amakinsky. galian adalah 525 m (1720 kaki) dalam dan mempunyai diameter 1200 m (3900 kaki). ruangan udara di atas lombong ditutup untuk helicopter kerana beberapa kejadian dimana mereka disedut oleh aliran udara kebawah.

sumber gambar sini

DARVAZA GAS CRATER TURKMENISTAN
denweze adalah kawasan yang kaya dengan gas asli. mengikut sejarah, ahli geologi pada tahun 1971 secara tidak sengaja menemui sebuah gua bawah tanah yang penuh dengan sumber gas asli. malangnya tanah dibawah telah mengalami runtuhan dan meninggalkan lubang besar dengan diameter sekitar 50-100 m. untuk mengelak pembuangan gas beracun, maka telah diputuskan gas yang keluar akan dibakar. geologi berharap api akan padam selepas beberapa hari tetapi gas terus membakar selepas itu. ada beberapa tempat diseluruh dunia yang penduduk percaya adalah pintu keneraka. 

sumber gambar sini

kebanyakan lubang-lubang besaq neh..manusia yang buat..
sumber: majalah ujang

info menarik! (lubang besar)-part 1

KIMBERLY BIG HOLE SOUTH AFRIKA
kimberly bermula sebagai sebuah bandar yang dipanggil "new Rush" dan diganti namanya kimberly pada 5 jun 1873. lubang yg dalamnya mencecah 1097M neh terjadik apabila digali manusia sendiri dan telah menghasilkan lebeh 3 tan berlian sebelum ditutup pada 1914. tiga daripada sisa lubang; Toitspan Du, Wesselton, dan Bultentien jugak ditutup pada tahun 2005.

sumber gambar sini
GREAT BLUE HOLE BELIZE
lubang ini adalah lubang pembuangan air yang besar di luar pantai belize, sebuah negara di Amerika Tengah. lubang ini dibentuk sebagai sistem gua kapur selama zaman ais terakhir ketika paras laut jauh lebeh rendah. terdapat banyak lubang biru didunia tetapi tidak dapat menandingi kehebatan lubang biru yang satu neh. ini telah menjadi Tapak Warisan Dunia Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).


sumber gambar sini

SINKHOLE IN GUATEMALA
pada 23 feb 2007, sebuah lubang sedalam 330 kaki telah terbentuk dan mengakibatkan 12 rumah ditelan dan 3 orang terkorban.lubang ini telah mengakibatkan dan mengeluarkan bau busuk. pihak berkuasa telah menyalahkan lubang pembuangan dia aliran kumbahan bawah tanah yang pecah.

sumber gambar sini


BINGHAM CANYON MINE UTAH
jugak dikenali sebagai Kennecott Copper Mine ini dimiliki oleh Rio Tinto Group, sebuah syarikat perlombongan antarabangsa yang berpusat di UK. aktiviti galian telah beroperasi sejak 1863 hingga kehari ini dan hasilnya terciptalah sebuah lubang yg merangkumi 1.900 hektar (7,7 KM). ini adalah penggalian manusia yg terbesar didunia dan telah diakui oleh National Landmark pada tahun 1966 dibawah nama Bingham Canyon Open Pit Copper Mine


sumber gambar sini

GLORY HOLE MONTICELLO DAM, CALIFORNIA
terletak di monticello dam di tasik berryessa, california utara, lubang rasaksa ini bertindak sebagai injap tasek. empangan dan injap ini dibina pada tahun 1953 dan 1957. ia mampu menelan 48400 kaki padu persaat dan jarak daripada saluran ke titik pintu keluar adalah sekitar 700 M. jenis injap pada asalnya adalah saluran konkrit gergasi. lubangnya terbesar adalah 72 M dan mengecil sekitar 28 M.

sumber gambar sini


SARISARINAMA PLATEAU
lubang ini pertama kali dilihat dan dijelajah pada tahun 1974. ia terletak di Jaua-Sarisarioama. taman negara di venezuela. ia dikatakan masih menjadik misteri geologi.

sumber gambar sini

tu ja takat neh..ehee..mungkin akan ada part 2 lepas neh..mungkin~owh..kalo ada salah silap bagitau ek.. :D
sumber majalah UJANG




baruku tahu wat ice blended lg mudah drpda sebut namanya

korang thu x ice blended tu apa?haha..mesti la tau kan..gerai2 jual ice blended neh dah bercambah dgn suburnya kat m'sia..slama neh dok beli ja..keja mudah..order..hulur duet dapat la ice blended yg kadang2 sedap..kadang2 tawaq habiaq~
kemaren atau setengah negeri ckp semalam..rsa tingin nak minum milo ais..tah cena tgn neh amek ais ketuk2..masok lam blender..letak milo..letak gula sket..air..pastu blend..haha..hasilnya..~owh ceni rupanya wat ice blended..hahaadeyh~neh la akibatnya bla suma menda tau nak beli ja..xpenah nak try wat snirik..
mmg ice blended neh..ice+blender..
aku letak milo ja..sng..gpon dah mmg feberet dari dulu milo..bila wat snirik..nak letak bnyk mna pon bleh..bleh gak kalo nak letak susu..tp aku lebeh ska milo ngan gula saja..my mum pon ska~
mmg mudah sgt..~moh la kita wat snirik!hehe..

p/s: mungkinkah hanya aku sorang ja yang xtau seblom neh.. huhu

Wednesday, 18 July 2012

S.E.N.Y.U.M =)

/BLUSH

"kacak luar
kacak dalam
kacak dengar sini
kalau saya senyum
awak mesti senyum sekali
kalau kita senyum
semua org berjangkit
bila semua org senyum
dunia tiada penyakit
senyum!"

yeah..
itu lagu malique  n najwa..aku mmg ska sgt ngan hasil karya malique, bg aku sgt kreatif.
dlu ska dengaq lagu too phat..
bla too phat berpecah ingatkan mmg dah xdgr dah lagu malique neh..hihi
senyum..
gambar bawah neh ada catatkan kenapa perlu :D
amek pic cantek neh dri islamic Quotes



xksah lah kalo kita tgh sedeh sgt..cuba lah tok senyum..xkisah lah kalau senyum sorang2 pon..ehee

::apa aku belajar sejak menganggur::

mungkin anda yang diluar sana xberkesempatan melalui apa yg aku lalu neh..siapa xgembira bila saat ijazah digenggam..saat itu jugak kita berjaya menyandang jawatan yg boleh dibanggakan didunia pekerjaan..anda mmg bertuah..itu yang aku rasa..bla tanpa kerja kita mmg rasa rendah diri..tp mungkin ini masanya.. ALLAH nak tunjuk..dan nak aku sedar..supaya jgn terlalu pentingkan diri..boleh saja aku pergi menjelajah bandar2 besar mencari punca rezeki..tp selepas beberapa interview..yang mana aku dpt kerja tu..tp terpaksa aku tolak kerana beberapa sbb..beberapa persoalan muncul dlm kepala..mungkin..Allah xizinkan aku pergi jauh.. rumahku dikampung neh dihuni oleh dua orang warga emas umur 60+.. selama aku duduk mentelaah di uni dulu..xpernah pon aku sedar yang dua orang tua ku tu..betul2 dah tua...sgt..kami semua anak2 duduk berjauhan dan pulang hanya bla berkesempatan..bla lma aku dirumah neh..baru aku sedar..ayah yang masih teguh membanting tulang sudah xpunya kudrat yang banyak mcm dlu..mlmnya dia tidur awal..mengumpul tenaga untuk terus menabur jasa pada tanah..pendengaran ayah dah makin lemah..terpaksa diulang beberapa kali supaya segala butir perkataan dpt diserap seadanya..hendak kemana2 pon..dia selalu ajak aku atau adeqku menemani..penat n xlarat dah sebati dibibir..wajah dia dah xsesegar seperti aku lihat waktu mula2 masok uni dulu..mak pulak..masih kelihatan kuat jika dibandingkan dgn ayah..namun saket2 badan xpernah pergi dari tubuh tua itu..


dan rasanya dah lma aku tinggalkan mereka..dah lama aku hanya bertanya khabar mereka hanya melalui corong telefon..terlalu lama aku xamati wajah2 tua tu sampai aku xsedar betapa usia telah memamah tubuh mereka...


dan sekarang aku sedar..aku terlalu mengejar impian sampai aku lupa mereka yang sentiasa bersama aku susah dan senang dibelakang..aku selalu makan mcd..kfc..pizza dan segala mcm makanan lazat mewah tp aku lupa mereka hanya makan nasik dan ikan..hari2..aku selalu keluar berhuha..huha ngan rakan2..sampai aku lupa saat aku bergembira tu mereka dibelakang neh sedang ligat memikirkan..aku cukup duet x..sihat x..aku lupa..mereka xpernah merungut.. TERIMA KASIH YA ALLAH..sekurang2nya aku diberi kesempatan untuk sedar..


aku diberi kesempatan melihat hari2 kedua orang tuaku..melihat bagaimana tubuh itu bergerak perlahan..bagaimana tubuh itu cuba bertahan dibawah terik mentari..bagaiman tubuh itu nyenyak tidur selepas solat isyak...sekurang2nya..aku masih diberi kesempatan..bersama mereka yang dah lama aku abaikan..saat mereka tidur..hati ini selalu takut..takut esok..aku xlagi mendengar..namaku disebut oleh mereka..mereka yang amat aku sayang..


kini aku cuba siapkan diri..menerima apa jua ketentuan ALLAH..bla2 masa saja aku akan kehilangan ibubapa merangkap sahabat sejatiku ini..mungkin aku pergi dulu..andai tersurat mereka bakal tinggalkan aku dulu..ingin aku pastikan mereka pergi penuh senyuman..semoga mereka tahu..aku sentiasa ada untuk mereka..sentiasa..


wahai anak..jgn biarkan kedua org tuamu begitu sahaja..ya mereka xpernah meminta..tp sedarlah..hari2 mereka lebeh gembira andai kita ada bersama..mereka makin tua..bila kita maken dewasa

Wednesday, 4 July 2012

kamu xpandang saya..saya pon xpandang kamu!

baru cuti sekolah lepas ramai rakan2 skolah kawen..rasa mmg umur skrg adalah masa yg seswai tok kawen..dan mmg jodoh mereka..alhamdulillah~ :D
tp td..yup! baru tadi..sorang membe msg..tanya..kenapa lelaki neh suka sgt tgk perempuan chantek~?
/wahaha okeyh! pendapat saya itu lumrah..as a girl..saya pon suka tgk lelaki hensem+ manis..sapa xska tgk kan..indahnya ciptaan ALLAH..saya dan dia sependapat..bleh ja tima semua tu tp yang sedeynya..bla kita xcukup cantek dimata manusia neh..kadang2 duduk lepak ngan membe yg lebeh cantek dan menawan..laki neh datang sembang ngan si cantek tu ja..wallah~ kita neh tegur pon x! amboih.!lansung xpandangnya..sedeh ok! atleast jgn la nmpk sgt awk tu pandang wajah saja! masing2 ada pilihan..xsalah..cuma tlglah jgn bg kita yg xcantek neh terasa mcm xwujud kat situ..yeah..xsuma lelaki mcm tu..ada ja yg berkwn xksah rupa paras..cuma segelintir yg bersikap "pandang si cantek saja mcm dia tu hensem sgt" neh lah yang merosakkan nama lelaki..saya maseh percaya ramai lagi lelaki diluar sana yang percaya cantek wanita bkn hanya luarannya saja..tp dalaman jugak penting..penah jugak ada dgr ckp2 diluar..wanita yg xcantek saja selalu ungkapkan pentingnya kecantikan dalaman sbb luaran dah mmg xcantek..ahhahhaa~ terpulanglah..anda nak pilih pasangan..anda yang tentukan..cantek luaran xkan mampu bertahan selamanya..tp dalaman..insyaallah.. :) dan beruntunglah lelaki dan wanita yang dapat memiliki pasangan yang punya keduanya.. :D